Saturday, December 10, 2011

MY BESTFRIENDS WEDDING

Pada tanggal 13/11/2011 menjadi saksi MAJLIS PERSANDINGAN NADIA dan AROQ di Wisma Sejarah Kuala Lumpur. Disini saya dapat berjumpa dengan ramai sahabat handai yang menghadiri Majlis Perkahwinan Nadia dari zaman persekolahan di SEK.MEN.KEB. TUN TUAH MELAKA. Saya mendoakan mereka berdua berbahagia sehingga ke akhir hayat dan sentiasa diberkati ALLAH s.w.t di DUNIA dan di AKHIRAT..AMIN.

MAJLIS PERSANDINGAN NADIA & AROQ

SAHABAT

BERSAMA PASANGAN PENGANTIN

Wednesday, November 23, 2011

laMA tAK uPDAtE bLOG NIe..

Lama rasanya tak update blog..huh! pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun baru...baru berapa post je kat dalam blog ni untuk tahun 2011..perghh....rasa sekejap giler masa berlalu...sampai terlupa la password blog..nasib baik la digodek-godek, alhamdulillah akhirnya BERJAYA juga buka... hahahaha... dah rasa mcm bersarang labah-labah blog saya ni... pe2 pun alhamdulillah dan syukur kepada yang Maha Esa...

OK...ini SAHAJA untuk hari INi... ('',)

Thursday, January 6, 2011

BowLing BersaMa Ma Hubby a.k.a Epul & Syafiq a.k.a Mr Bond..

PeMenang PusinGan Pertama & Kedua
Pemenang tempat kedua..Syafiq..



Malam tadi Khamis bersamaan 6 Januari 2011..aku g men bowling bersama-sama ma syg dan kawan baik dia..kira dalam tahun baru 2011 ni la kali pertama aku menjejakkan kaki kat bowling nie bagi tahun 2011..di ALAMANDA..al-maklum la.. dorang berdua ni maksud aku epul n syafiq ni tinggal area situ..so aku ni kena la follow diorang..nak tak nak kena la ikut gak..mula-mula kitaorang ingat nak pegi tengok wayang..last-last tutup sudah kaunter tiket..yang buka pun hanya kaunter jual makanan dan minuman..so tak dapat la malam tu kami nak tengok wayang...so dalam perjalanan keluar dari tempat wayang tue, aku pun terpandanglah port main BOWLING ni..so aku pon ajak la diorang...''jom main bowling''...dorang pon On..aku lagi la On..ehhehe..so kami main dalam 2 game...kami enjoy gile time tue..mmg best..lagipun dorang berdua memang sporting..asik ketawa je dengan dorang berdua ni..untuk game pertama & game kedua pemenangnya adalah ma hubby la..epul..agak pro jugak la dia bermain bowling nie..walaupon aku dah jangka..('',)..Pemenang kedua dah tentulah kawan baik dia..Syapik.. Sebelum nak main bowling ni dia awal-awal dah bagitahu aku yang dia tak pro..rupa-rupanya aku kena tipu..tak pro ape nyer..last-last aku jugak yang dapat nombor yang terakhir..nak buat macam mana..kekalahan memang dah dijangkakan oleh kami...('',) tp aku terima hakikat walaupun asik jadi bahan dorang je nak kenakan aku..tapi aku ok jer..tak da hal la orang kate..('',)YANG PENTING KAMI ENJOY malam tue..so balik je dari main bowling kami g makan di Cyberjaya bersebelahan MMU..Lepak kat ResToran Arab sambil layan SHISHA salah satu favorite kitaorang bertiga.. Lepas makan dan hisap SHISHA pe lagi kami pun berangkat la pulang...memang best malam tue! TQ TO MA HUBBY & HIS FREN SYAPIK...('',) WE ENJOY TONITE..('',)

 p/s: ni ada la sikit pic aku bersama mereka berdua..('',) enjoy!

Ma Hubby a.k.a Epul & Me..Wanie..

SAHABAT BAIK

Tuesday, January 4, 2011

SIAPALAH AKU....

Siapalah aku ini
Yang ingin memetik cintamu
Siapalah seadanya
Diriku di sisimu

Kau punya segalanya
Sedangkan aku insan hina
Hidupku penuh dengan kisah duka
Antara kita jurang nya berbeza

Biarlah usahlah
Bermain dengan api
Kelaknya terbakar sendiri

Biarlah tersimpan
Segala perasaan
Rahsia hatiku terhadapmu
Siapalah aku

Hidup Hanya Sementara - Ungu

Mungkinkah kita hidup untuk selamanya
Mungkinkah kita mati membawa harta
Mungkinkah kita 'kan jadi penghuni surga
Ataukah kita kekal didalam neraka

Hidup kita bukanlah akhir dari semua
Hidup kita bukanlah segalanya
Siapkah kita saat ajal menjemput kita
Siapkah kita menghadap kepada-Nya

Reff:
Bergegaslah siapkanlah semua
Waktu kita tinggal sebentar saja
Bergegaslah perbanyak amal ibadah

Hidup di dunia hanyalah sementara
Ketahuilah selama kita hidup didunia
Kerjakanlah segala perintahnya jauhilah larangannya
Mengertilah malaikat tlah datang menjemput kita

Takkan ada lagi kesempatan 'tuk mengucap kata taubat
Back to Reff:
Bergegaslah
Bertaubatlah

Bergegaslah
Bertaubatlah.. wahai manusia

Monday, January 3, 2011

KATA2 DARI OMAK LA PULA...('',)

Kata orang.. masa muda hanya sekali , jangan di persiakan.. masa untuk enjoy , masa untuk mengetahui dan mencuba semua benda agar bila tua nanti tak menyesal...

Mak pula kata , masa muda masa untuk beramal dengan ilmu , beribadat , masa tenaga masih kuat , masa kudrat masih larat. Masa cari ilmu bina ketakwaan jaga keimanan...dan mak pesan jangan buat jahat sebab putik yang masih muda pun boleh gugur maka bersiap sedia mengingati mati...

Aku pula kata...ehmmm betul juga kata mak.

Kata orang... ilmu tu penting untuk orang pandang tinggi pada kita , untuk hidup senang , untuk beli apa yang di idamkan , beli rumah besar , kereta mewah...barulah orang pandang tinggi bolehlah kita megah atas apa yang kita miliki...

Tapi mak kata... "ilmu tu pembuka segala amal", makin berilmu makin tunduk pada kekuasaan Allah, makin mengakui dan mengkagumi keEsaan Tuhan. Dengan ilmu juga kita berusaha untuk perbaiki diri.... dan mak selalu pesan ilmu kena diamalkan sebabnya Allah benci pada orang yang berilmu tapi tak mengamalkanya.

Aku pula kata... "betul juga kata mak ini.... eh bukan betul saja tapi memang betul."

Orang kata... kita kena pandai cari dan ambil peluang , kesempatan yang ada jangan dilepaskan , kena cepat.. nanti ketinggalah, jangan fikirkan orang lain yang penting diri kita kena di utamakan...

Tapi mak kata... jangan bina kejayaan atas keruntuhan orang lain, jangan jatuhkan orang , rezeki di tangan tuhan ,kalau ada dapat kalau di takdirkan tak ada , usaha macam mana pun tak akan dapat. Mak pesan lagi jangan makan kawan kalau lapar sangat makan makanan yang halal.... lagi satu mak pesan usaha tu penting asas kejayaan ..

Aku pula kata ya.. mengiakan kata emak sambil mengangguk-anggukan kepalaku.

Kata orang... kalau nak cari jodoh tu , carilah yang cantik sedap mata memandang, nanti tak lah jemu Pendidikan pun kena tinggi kalau tak , nak makan apa? ...pasir...biar dapat kereta sebiji sebagai mas kahwin tak pun insuran....(macam iklan kat era tu...pasal insuran)

Mak pula kata... jodoh pertemuan di tangan Tuhan , kalau nak cari , carilah yang beriman dan beramal dengan apa yang dia pelajari. Jangan pandang paras rupa sebabnya kecantikan akan hilang tak kekal lama , budi pekerti dan agama yang penting... kahwin bukan untuk sehari dua tapi untuk seumur hidup ... maka jangan tersalah buat pilihan lalu mak pun menyanyikan lagu..

"kepada mu tuhan , kusandar harapan, moga tak tersalah pilihan, seandai dirinya ,tercipta untukku rela ku menjadi miliknya"

Aku pulak terkejut gila... fuyoo mak pandai nyanyi lagu ...tapi macam pernah dengar saja lagu ini.
Mak kata... alah lagu yang selalu dapat no 1 dalam carta era tu tapi jatuh no 15 minggu ini. Yang dapat no 5 dalam carta nasyid radio IKIM tu... terang mak bila lihat aku tercengang lihat mak.

Aku pulak kata... betul juga kata mak pasal jodoh tu dalam hati kagum dengan mak , mak modenlah katakan brutal in iman lagi. hehe...

Kata orang.. "harimau mati tinggalkan belang ,manusia mati tinggalkan nama"

Mak pula kata... manusia tak ada belang maka bila mati tak boleh tinggalkan belang macam Pak Belang tu.... mak kata lagi "hidup biar berjasa" biar orang tak kenal dan tak sanjung kita tapi pastikan dapat tempat di sisi Allah yang Esa. Mak kata lagi kalau buat sesuatu jangan nakkan balasan , jangan buat kerana nama , pangkat , atau darjat tapi biarlah ikhlas kerana Allah. Mak kata lagi kalau itu yang kita kejarkan.. pangkat , nama , darjat , sanjungan kita akan dapat tapi di akhirat tiada yang menanti. Lalu mak membacakan pesanan daripada Saidina Al-Khatab:

"Jika kamu ingin mengikut petunjuk dari para iman, Maka kuatkan dirimu untuk menerima mushibah dengan hati yang lembut di waktu menghadapi kepahitan dan hati yang sabar terbentang di dada. Lisanmu perlu di kunci , matamu perlu dikendali. Rahsiamu di sembunyikan dan hanya dilihat oleh Allah sahaja. Namamu jangan terkenal , pintumu di tutup , mulutmu tersenyum, Perutmu lapar , hatimu luka, pangkatmu di pendam dan keaibanmu tersohor. Dan tiap-tiap hari menelan perasaan pahit dari pengaruh zaman dan teman, Sedangkan hatimu menurut, Siangmu sibuk mengislahkan(mendamaikan) orang tanpa membangkit bangkitkan, Ambillah kesempatan pada malam itu , jadikan ia persiapan untuk hari kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan. "

Aku pula kata... terima kasih mak betul apa yang mak cakap tu... aku tersenyum riang. Terima kasih ibu , ratu hatiku , insan yang paling aku kasihi dalam dunia ini terima kasih atas nasihat mu.

~ Ilmu Itu Pembuka Segala Amal... ~



Wallahu'alam... "

KATA2 DARI ATUK...('',)

Kata Orang... enjoy sementara muda, hidup panjang lagi, dah tua nanti tobatlah.

Kata Atuk... orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.

Aku rasa.. betul jugak tu..

Kata Orang.. exams tu susah, kena banyak sacrifice, constant study..pasti year papers..etc..etc..etc..


Kata Atuk... exams tu senang saja, dah ada tarikh untuk diuji, dah ada syllabus untuk diikut, kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu, banyak pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..

Aku rasa... betul jugak tu..

Kata Orang... have fun on your birthday,panggil kekawan and saudara mara, berpartylah sepanjang malam, make it a memorable one!!

Kata Atuk.. setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi peluang untuk beramal, bertaubat..

Aku rasa.. betul jugak tu..

Kata Orang.. kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat.. baru hati puas!

Kata Atuk.. ye ke hati dah puas?? dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas? dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? dah cukup zikir untuk santapan rohani? dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?

Aku rasa... betul jugak tu..

Kata Orang... successful people have a good time management, ada bisnes di kl, new york, tokyo.. masih sempat berkempen untuk pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke, masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect!

Kata Atuk... setiap manusia dapat 24 jam dalam sehari, tapi.. ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam? ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu? ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung, sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?

Aku rasa.. err..betul jugak tu..

~ Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangkan... ~

Wednesday, July 14, 2010

bLOG aKU bARU Di EdiT seMUla Oleh My SiS

masa aku tengah fb tibe2 je akak aku post something kat aku..rupe2 nyer die suh aku on chat...heheh..aku pon on la...die tny knp blog ko tu tak boleh buka...die bengang tengok blog aku yang tak ada ape2..so die minta password n email aku untuk tolong editkan..so skrg blog aku dah bertambah cantik...aku tak pandai sangat pasal blog nie..al-maklumlah baru2 lagi..('',) tapi tak pe..aku akan berusaha untuk majukan blog aku nie...CaYok!...CaYok! tq To My Sis Nur Hafizah Mohd Zin a.k.a elyz@zen ...

Thursday, March 18, 2010

Orang Baru...

inilah blog aku yang pertama sekali aku buat..tak pernah aku ada blog sendiri..selama ini sibuk tengok blog orang lain..tapi kali ini aku sudah mempunyai blog aku sendiri....